Monday, October 15, 2018

Moral ASIQS race 2018


Bismillahirrahmanirrahim,

 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

          Saya akan memberikan beberapa moral yang saya harap moral saya dapat diterima oleh Abang AB. Niat saya menaip moral ini kerana saya ingin menambahkan star saya supaya saya dapat mengalahkan top 3 pada minggu ketiga ini. LOL!, (niat tak baik)

          Moral pertama saya adalah permainan ini merupakan permainan yang berlumba-lumba untuk mendapatkan clue jadi ini boleh dimaksudkan yang permainan ini adalah permainan yang berlumba-lumba untuk mendapatkan ilmu baru. Contohnya kita tidak tahu apakah jawapannya jadi kita berusaha untuk mendapatkan clue itu dan kita baru dapat tahu yang itulah jawapannya.

          Moral kedua saya adalah setiap seorang mesti ada keunikan yang tersendiri jadi pada setiap minggu, beberapa orang mesti menunjukkan skill mereka dan mereka juga akan menikmati permianan ini dan bersungguh-sungguh untuk berkongsi maklumat kepada rakan-rakannya. Contohnya Haqiem, pada minggu ketiga  jika anda lihat yang orang sentiasa memandang rendah kepadanya tetapi dia juga telah menunjukkan skill dia yang dia dapat jawab tajuk lagu itu.

          Moral ketiga saya adalah fakta yang menarik tetapi ia akan berlaku pada hari rabu. Saya percaya bahawa hari rabu mesti akan berlakunya peperangan diantara ahli kumpulan sendiri juga kerana hari rabu akan mengadakan perlumbaan secara individual dan jika anda lihat yang hampir semua orang ingin mengalahkan top 3 pada minggu ketiga baru-baru ini. Saya dapat fikirkan moral sebegini kerana jika anda dapat lihat yang mereka tidak akan kisah walaupun mereka sudah bekerja keras bersama ahli kumpulan mereka sendiri kerana mereka sangat inginkan kepada top 3 sahaja.

          Inilah moral saya yang saya dapat alami selama tiga minggu lalu dalam permainan ini. Saya berharap Abang AB menerima moral-moral yang saya telah menaip ini.

No comments:

Post a Comment

Moral lagu 'Never enough'

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, saya ingin memberikan moral lagu yang bertajuk 'never enough'. Apa yang saya dapat ...