Wednesday, August 22, 2018

Chemistry

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, saya akan menuliskan fakta menarik tentang 'diffusion'. Diffusion dalam bahasa melayu adalah penyebaran. Maksudnya ialah pergerakan rawak dan pencampuran zarah. Penyebaran ini terjadi disebabkan zarah mempunyai tenaga untuk bergerak dan zarah juga boleh menyebar dengan pantas. Oleh kerana itu, ia perlukan suhu yang tinggi dan saiz & jisim zarah tersebut mestilah kecil dan ringan. Fakta menariknya ialah penyebar ini terjadi kepada semua benda tetapi pepejal pula hanya terjadi pada sel suria sahaja. Ini kerana daya yang sangat kuat memegang zarah dalam kedudukan.

Terima kasih kerana membaca blog saya.

Sunday, August 12, 2018

Seminar Kaunseling

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamulaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, saya akan menceritakan seminar kaunseling ini yang dianjurkan oleh Mahasiswa Sarjana Muda Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) Kohort 2 & 3 ICCE-IIUM Kuala Lumpur dan dikerjasama dengan Persatuan Kaunseling Antarabangsa Malaysia (Perkama International). Pada hari tersebut, saya merupakan 'photographer' dan ia agak sukar untuk menangkap gambar MC, penceramah dan penonton kerana ia merupakan kawasan yang kecil untuk mengadakan seminar di ASIQS. Saya cuba sedaya upaya untuk mencari ruang yang tidak menghalang penonton untuk menangkap gambar dan saya tidaklah mengambil gambar di seminar itu sahaja, saya juga mengambil gambar di kawasan kanak-kanak dan di tempat pendaftaran juga. Alhamdulillah sepanjang program tersebut, berlancar dengan baik sekali dan kami kelab phtotography dapat pengajaran juga dan satu-satunya ialah carilah peluang walaubagaimana cara yang kamu gunakan dan janganlah kamu gunakan cara yang salah. Jika kami menerangkan cara ketika di seminar tersebut ialah kami cuba sedaya upaya mencari ruang untuk menangkap gambar dan kami tidak mahu kamu semua terasa tertekan dengan kami. Akhir sekali, saya dan ahli kelab photography ingin meminta maaf kepada ibubapa,guru-guru dan sesiapa di sana jika kami ada buat secara sengaja atau tidak sengaja dan harap sekalian dapat maafkan kami. Sebelum itu, saya ingin kamu semua memberi komen supaya saya akan buat blog yang lebih baik daripada ini.

Terima kasih kerana membaca blog saya.




Tuesday, August 7, 2018

Kelab Photography

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Saya merupakan ahli baru pada kelab photography dan kelab photgraphy ini akan diedarkan oleh Abang Zul. Kebetulan kelab photography ini dimulakan pada bulan Mac dan kelab ini tidak memerlukan yuran kerana Abang Zul mengajar kami dengan ikhlas. Saya baru saja menyertai kelab ini pada minggu lepas dan saya telah terlepas banyak perkara tentang photography. Saya menyertai kelab ini kerana saya minat untuk mengambil gambar dan saya mahu menjadi 'professional photographer'.

Terima kasih kerana membaca blog saya.

Video #LepasTu


Video tersebut menceritakan kisah Din iaitu anaknya. Din gementar untuk memberitahu kepada ayahnya yang Din ini mempuyai banyak kesalahan. Din memberitahu semua kesalahannya satu-persatu. Selepas itu, ayahnya memaafkan Din walaubagaimana kesalahan Din yang kecil ataupun yang besar dan ayahnya tetap sabar (redha). Kebaikan yang boleh dapati dari video tersebut adalah kita mestilah meminta maaf kepada sesiapapun jika kita pernah buat salah kepadanya ataupun kita tidak pernah buat salah kepadanya.

Saturday, August 4, 2018

My favourite moment

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh, saya akan meceritakan ' favourite moment ' saya di ASIQS dan sedangkan saya pelajar baru ASIQS jadi saya tiada banyak pengalaman di ASIQS. Favourite moment saya adalah hari mukhayyam 2018 kerana saya dapat melapangkan masa bersama rakan-rakan ASIQS di luar. Saya dapat mengenal flora dan fauna di sana dan bermandi-manda di sungai bersama rakan. Lagipun saya sudah pernah pergi kem tetapi hari mukayyam ASIQS ini lebih bermakna bagi saya berbanding dengan sekolah lama saya.

Terima kasih kerana membaca blog saya.

Wednesday, August 1, 2018

Karangan untuk ASIQS baru

Bismillahirrahmanirrahim,

          Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Saya menulis karangan ini sebenarnya saya ingin menceritakan tentang kebaikan ASIQS. Guru-guru ASIQS bercadang untuk menempatkan ASIQS baru di Space U8 kerana ia mempunyai kawasan yang luas. Saya terfikir juga di tembat baru itu dan terbayang bagaimana rupanya jika ASIQS baru dibuka di sana.




          Pada hari pembukaan ASIQS, Saya datang ke sekolah yang sudah dipindahkan ke Space U8 dan ia lebih luas daripada yang dulu dan ia menarik. Saya terfikir juga, “Adakah ASIQS mempunyai kekurangan ?” saya rasa betul kerana ASIQS sekarang tidak seperti dulu yang mempunyai tumbuh-tumbuhan. Saya harap ASIQS baru akan menumbuhkan tumbuhan walaupun sedikit tumbuhan yang tumbuh di ASIQS.

          ASIQS baru ini mempunyai lebih banyak kelas dan ia mempunyai lapan kelas dan kesemua kelas mempunyai satu rak untuk menyimpan buku di rak tersebut. Ada beberapa kelas yang mempunyai tingkap tetapi ia masih tidak ditintedkan supaya ia tidak panas. ASIQS baru tiada padang bola, ASIQS perlukan sedikit perubahan untuk maju. Terima kasih untuk enjoy baca karangan ini.

Moral lagu 'Never enough'

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, saya ingin memberikan moral lagu yang bertajuk 'never enough'. Apa yang saya dapat ...