Sunday, November 25, 2018

Moral lagu 'Never enough'


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, saya ingin memberikan moral lagu yang bertajuk 'never enough'. Apa yang saya dapat fahami lagu ini adalah lagu ini meminta petunjuk dari tuhan untuk mencari agama yang sebenar. Mungkin jika Nabi Muhammad SAW tidak wafat ia akan menjadi petunjuk yang besar bagi manusia yang hidup di dunia pada zaman sekarang.

Jika saya tersilap taip atau salah bahasa tolong betulkan saya. Jika mahu faham lebih lanjut sila baca lirik lagu ini. Sekian terima kasih.
I'm trying to hold my breath
Let it stay this way
Can't let this moment end
You set off a dream in me
Getting louder now
Can you hear it echoing?
Take my hand
Will you share this with me?
'Cause darling without you
All the shine of a thousand spotlights
All the stars we steal from the night sky
Will never be enough
Never be enough
Towers of gold are still too little
These hands could hold the world but it'll
Never be enough
Never be enough
For me
Never, never
Never, never
Never, for me
For me
Never enough
Never enough
Never enough
For me
For me
For me

All the shine of a thousand spotlights
All the stars we steal from the night sky
Will never be enough
Never be enough
Towers of gold are still too little
These hands could hold the world but it'll
Never be enough
Never be enough
For me
Never, never
Never, never
Never, for me
For me
Never enough
Never, never
Never enough
Never, never
Never enough
For me
For me
For me
For me


Monday, October 15, 2018

Moral ASIQS race 2018


Bismillahirrahmanirrahim,

 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

          Saya akan memberikan beberapa moral yang saya harap moral saya dapat diterima oleh Abang AB. Niat saya menaip moral ini kerana saya ingin menambahkan star saya supaya saya dapat mengalahkan top 3 pada minggu ketiga ini. LOL!, (niat tak baik)

          Moral pertama saya adalah permainan ini merupakan permainan yang berlumba-lumba untuk mendapatkan clue jadi ini boleh dimaksudkan yang permainan ini adalah permainan yang berlumba-lumba untuk mendapatkan ilmu baru. Contohnya kita tidak tahu apakah jawapannya jadi kita berusaha untuk mendapatkan clue itu dan kita baru dapat tahu yang itulah jawapannya.

          Moral kedua saya adalah setiap seorang mesti ada keunikan yang tersendiri jadi pada setiap minggu, beberapa orang mesti menunjukkan skill mereka dan mereka juga akan menikmati permianan ini dan bersungguh-sungguh untuk berkongsi maklumat kepada rakan-rakannya. Contohnya Haqiem, pada minggu ketiga  jika anda lihat yang orang sentiasa memandang rendah kepadanya tetapi dia juga telah menunjukkan skill dia yang dia dapat jawab tajuk lagu itu.

          Moral ketiga saya adalah fakta yang menarik tetapi ia akan berlaku pada hari rabu. Saya percaya bahawa hari rabu mesti akan berlakunya peperangan diantara ahli kumpulan sendiri juga kerana hari rabu akan mengadakan perlumbaan secara individual dan jika anda lihat yang hampir semua orang ingin mengalahkan top 3 pada minggu ketiga baru-baru ini. Saya dapat fikirkan moral sebegini kerana jika anda dapat lihat yang mereka tidak akan kisah walaupun mereka sudah bekerja keras bersama ahli kumpulan mereka sendiri kerana mereka sangat inginkan kepada top 3 sahaja.

          Inilah moral saya yang saya dapat alami selama tiga minggu lalu dalam permainan ini. Saya berharap Abang AB menerima moral-moral yang saya telah menaip ini.

Sunday, September 30, 2018

Komik

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Ini merupakan sebuah komik yang menceritakan tentang seorang pelajar yang tertanya-tanya tentang 'kalau buat baik orang mengata, kalau buat jahatpun orang mengata jadi saksikanlah dulu dan anda akan dapat jawapannya selepas anda membaca komik ini.











Selesai membaca sudah ?, adakah anda enjoy komik ini ?, jika kamu mahu lagi kamu comment saja kepada saya dan saya akan buat yang lebih terbaik daripada ini. Sekian, terima kasih.



Thursday, September 13, 2018

LGBT

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, saya akan menuliskan apa punca LGBT. Sebelum itu LGBT ini ialah Lesbian Gay Bisexual Transgender dan bagi pendapat saya LGBT sepatutnya diharamkan di dunia ini kerana jika dunia ii dipenuhi dengan LGBT, bagaimana kita ingin mendapat insan2 yang akan memajukan negara ini. Jika tidak juga, manusia akan pupus tidak lama lagi jika dunia ini dipenuhi dengan LGBT. Contoh punca-punca LGBT:
Simbol LGBT

1)Depressed/Tertekan (Gay & Lesbian)

Contoh kita baru lepas break up dengan teman wanita. Selepas itu, kita tertekan dan kitapun cakap perkara yang buruk kepada perempuan ataupun post perkara yang buruk kepada wanita di sosial media. Tiada kawan seorangpun ingin memujuk. Tiba-tiba, adalah seseorang yang gay dan dia ingin menarik perhatian kita tanpa sedar dengan cara memujuk kita dan dia bercakap buruk tentang wanita juga.Selepas itu, kita menyangka yang dialah kawan yang baik dengan kita.Selepas itu, dia menjemput untuk ke rumah dia dan jadilah gay sama-sama.

2)Cyber bully or mentally bulliying (Transgender)

Contoh kita ada kawan yang lemah. Selepas itu, dia sering dibuli oleh kawan kamu ataupun dia sering diejek yang dia lemah, pondan dan lain-lain. Dalam otak kepala dia akan terfikir yang kalau korang fikir aku pondan dan lemah. Pada masa hadapan nanti, dia akan bertukar jantina suapay tiada sesiapa yang akan mengacau mereka. Sama juga perempuan, dia akan pergi ke fitness dan membina otot supaya tiada sesiapa boleh kacau dia kerana dia sudah tukar jantinanya.

Terima kasih kerana membaca blog saya.

Sila layari blog rakan sepasukan saya Aqil dan juga Mikhail


Perang Uhud

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, saya akan menuliskan sepuluh fakta menarik dan pengajaran yang boleh didapati oleh perang uhud. Pertama sekali, saya akan menuliskan pengajaran yang boleh didapati oleh perang uhud adalah janganlah kita melanggar/melawan kata ketua kita kerana ketua mempunyai tanggungjawab untuk menjaga dan jikalau apa yang kamu fikirkan ketua kamu beritahu perkara yang salah jadi betulkan ketua tersebut. Ada satu tanda mereka tidak mendengar kata Nabi Muhammad SAW ketika perang uhud, sewaktu nabi berkata kepada tentera pemanah untuk tunggu di bukit tersebut dan jangan turun sehinggalah nabi menyuruh meraka untuk turun. Setelah habis peperangan pertama, tentera pemanah ternampak banyak harta yang ditinggalkan oleh tentera quraisy dan mereka tidak dapat menahan nafsunya maka mereka turun juga tanpa pengetahuan nabi. Tiba-tiba, Khalid bin al-Walid ternampak tentera pemanah semakin berkurangan jadi Khalid bin al-Walid bercadang untuk melakukan serang hendap dari belakang pemanah dan mereka berjaya. Kedua, saya akan menuliskan sepuluh fakta menarik tentang perang uhud.

1. Quzman merupakan seorang tentera islam yang telah mati sewaktu peperangan uhud tetapi beliau akan ditempatkan ke neraka kerana sewaktu beliau ditikam dan dia menekan pedang kedalam lagi dan sewaktu itulah nabi berkata kepada semua umatnya yang Quzman itu akan ditempatkan ke neraka.

2. Setelah habis peperangan uhud, Hindun pergi ke mayat Hamzah kerana Hindun ingin membalas dendam kepada Hamzah. Hindun membalas dendam dengan cara yang sangat teruk. Hindun membelah badannya untuk mengambil jantung Hamzah dan Hindun ingin menelan jantungnya tetapi dia tidak dapat menelannya. Selain itu, Hindun juga memotong jarinya dan jari tersebut dijadikan sebagai rantai Hindun.

3. Saad bin Muad'z merupakan seorang umat islam yang mati syahid dengan teruk sekali. Beliau telah ditikam oleh tentera quraisy sebanyak 80 kali. Setelah habis peperangan, mayatnya tidak dapat dikenali kerana badannya telah hancur. Tiba-tiba kakanya tiba di kawasan peperangan tersebut dan dia berkata dia kenal ini mayat siapa dan ia adalah Saad bin Muad'z. Kakaknya dapat mengenal pasti mayat itu sebab dengan jari sahaja.

4. Sewaktu berlakunya huru-hara, seorang sahabat yang bernama Ka'ab bin Malik ternampak nabi. Beliau dapat mengenali nabi dengan mata sahaja dan beliau memberitahu kepada semua tentera islam yang nabi masih hidup. Selepas itu, Ubaid bin Khalaf terdengar yang nabi masih hidup dan pada ketika itulah Ubaid bin Khalaf mencari nabi. Ubaid bin Khalaf terjumpa nabi dan dia ingin membunuh nabi. Selepas itu, nabi mengambil tombak dan terus merejam Ubaid bin Khalaf lalu membunuhnya. Itulah salah satunya orang yang dibunuh oleh Nabi Muhammad.

5. Tentera islam sepatutnya menang peperangan ini tetapi mereka telah membuat kesalahan yang sangat teruk. Sebelum itu, tentera pemanah islam mempunyai 50 orang yang berada di bukit uhud. Setelah habis peperangan pertama, pemanah yang berada di bukit uhud ternampak tentera islam yang lain pergi mengambil harta dan tentera pemanah tersebut tidak dapat menahan nafsu mereka jadi mereka juga turun dari bukit uhud dan mengambil harta tersebut. Selepas itu, tentera berkuda quraisy datang dari belakang tentera pemanah islam. Itulah Puncanya.

6. Abdullah bin Ubayy merupakan ketua bagi orang munafik. Sewaktu perjalanan ke gunung uhud, dia ingin pulang ke Madinah bersama 300 dan sejak itulah Nabi Muhammad dapat pasti yang Abdullah ini ketua bagi orang munafik.

7. Mus'ab bin Umair merupakan pemegang panji bagi tentera islam. Beliau telah mati syahid akibat kedua-dua tangannya dipotong dan beliau mengambil panji itu dengan mulutnya. Sewaktu berlakunya huru hara, ramai orang ingatkan yang nabi telah dibunuh. Sebenarnya itu ialah Mus'ab bin Umair, Para ulama' berkata yang Mus'ab bin Umair mempunyai wajah yang hampir sama dengan Nabi Muhammad.

8. Abu Dujana adalah seorang tentera islam yang perlu menggunakan pedang nabi sehingga pedang itu rosak dan jika Abu Dujana ternampak seorang penentangnya dengan pedang nabi, maka matilah orang itu tetapi pedang itu hanya dibenarkan itu membunuh lelaki sahaja.

9. Khalid bin al-Walid merupakan ahli tentera quraisy (sebelum memeluk islam) dan dia yang memberi kemenangan kepada tentera quraisy kerana dialah yang memerhati tentera pemanah islam kerana dia tahu yang mereka akan menang jika tentera pemanah berkurang di bukit uhud sebelum mereka balik dari peperangan tersebut.

10. Peperangan ini merupakan pengalaman nabi yang paling teruk dan ia merupakan hari yang paling sedih kepada nabi kerana beliau sedih saidina Hamzah meninggal dunia (pakcik kepada nabi) dengan jantungnya terkeluar manakala Saad bin Mua'dz meninggal dunia dengan seluruh badannya berkecai yang ditikam ole tentera quraisy sebanyak 80 kali dan akhir sekali, nabi terdapat cedera yang teruk sekali yang dipanah oleh tentera quraisy,yang ditikam oleh beberapa tentera islam dan dibaling batu oleh beberapa tentera islam juga (secara tidak sengaja ketika huru-hara). Nabi meminta kepada para sahabat yang lain supaya menanamkan mereka ke dalam kubur dengan pakaian mereka yang dipakai sewaktu perang uhud keranna ia menandakan pengalaman yang paling menyedihkan dalam hidup nabi.

Terima kasih kerana membaca blog saya.

Wednesday, August 22, 2018

Chemistry

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, saya akan menuliskan fakta menarik tentang 'diffusion'. Diffusion dalam bahasa melayu adalah penyebaran. Maksudnya ialah pergerakan rawak dan pencampuran zarah. Penyebaran ini terjadi disebabkan zarah mempunyai tenaga untuk bergerak dan zarah juga boleh menyebar dengan pantas. Oleh kerana itu, ia perlukan suhu yang tinggi dan saiz & jisim zarah tersebut mestilah kecil dan ringan. Fakta menariknya ialah penyebar ini terjadi kepada semua benda tetapi pepejal pula hanya terjadi pada sel suria sahaja. Ini kerana daya yang sangat kuat memegang zarah dalam kedudukan.

Terima kasih kerana membaca blog saya.

Sunday, August 12, 2018

Seminar Kaunseling

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamulaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, saya akan menceritakan seminar kaunseling ini yang dianjurkan oleh Mahasiswa Sarjana Muda Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) Kohort 2 & 3 ICCE-IIUM Kuala Lumpur dan dikerjasama dengan Persatuan Kaunseling Antarabangsa Malaysia (Perkama International). Pada hari tersebut, saya merupakan 'photographer' dan ia agak sukar untuk menangkap gambar MC, penceramah dan penonton kerana ia merupakan kawasan yang kecil untuk mengadakan seminar di ASIQS. Saya cuba sedaya upaya untuk mencari ruang yang tidak menghalang penonton untuk menangkap gambar dan saya tidaklah mengambil gambar di seminar itu sahaja, saya juga mengambil gambar di kawasan kanak-kanak dan di tempat pendaftaran juga. Alhamdulillah sepanjang program tersebut, berlancar dengan baik sekali dan kami kelab phtotography dapat pengajaran juga dan satu-satunya ialah carilah peluang walaubagaimana cara yang kamu gunakan dan janganlah kamu gunakan cara yang salah. Jika kami menerangkan cara ketika di seminar tersebut ialah kami cuba sedaya upaya mencari ruang untuk menangkap gambar dan kami tidak mahu kamu semua terasa tertekan dengan kami. Akhir sekali, saya dan ahli kelab photography ingin meminta maaf kepada ibubapa,guru-guru dan sesiapa di sana jika kami ada buat secara sengaja atau tidak sengaja dan harap sekalian dapat maafkan kami. Sebelum itu, saya ingin kamu semua memberi komen supaya saya akan buat blog yang lebih baik daripada ini.

Terima kasih kerana membaca blog saya.




Tuesday, August 7, 2018

Kelab Photography

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Saya merupakan ahli baru pada kelab photography dan kelab photgraphy ini akan diedarkan oleh Abang Zul. Kebetulan kelab photography ini dimulakan pada bulan Mac dan kelab ini tidak memerlukan yuran kerana Abang Zul mengajar kami dengan ikhlas. Saya baru saja menyertai kelab ini pada minggu lepas dan saya telah terlepas banyak perkara tentang photography. Saya menyertai kelab ini kerana saya minat untuk mengambil gambar dan saya mahu menjadi 'professional photographer'.

Terima kasih kerana membaca blog saya.

Video #LepasTu


Video tersebut menceritakan kisah Din iaitu anaknya. Din gementar untuk memberitahu kepada ayahnya yang Din ini mempuyai banyak kesalahan. Din memberitahu semua kesalahannya satu-persatu. Selepas itu, ayahnya memaafkan Din walaubagaimana kesalahan Din yang kecil ataupun yang besar dan ayahnya tetap sabar (redha). Kebaikan yang boleh dapati dari video tersebut adalah kita mestilah meminta maaf kepada sesiapapun jika kita pernah buat salah kepadanya ataupun kita tidak pernah buat salah kepadanya.

Saturday, August 4, 2018

My favourite moment

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh, saya akan meceritakan ' favourite moment ' saya di ASIQS dan sedangkan saya pelajar baru ASIQS jadi saya tiada banyak pengalaman di ASIQS. Favourite moment saya adalah hari mukhayyam 2018 kerana saya dapat melapangkan masa bersama rakan-rakan ASIQS di luar. Saya dapat mengenal flora dan fauna di sana dan bermandi-manda di sungai bersama rakan. Lagipun saya sudah pernah pergi kem tetapi hari mukayyam ASIQS ini lebih bermakna bagi saya berbanding dengan sekolah lama saya.

Terima kasih kerana membaca blog saya.

Wednesday, August 1, 2018

Karangan untuk ASIQS baru

Bismillahirrahmanirrahim,

          Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Saya menulis karangan ini sebenarnya saya ingin menceritakan tentang kebaikan ASIQS. Guru-guru ASIQS bercadang untuk menempatkan ASIQS baru di Space U8 kerana ia mempunyai kawasan yang luas. Saya terfikir juga di tembat baru itu dan terbayang bagaimana rupanya jika ASIQS baru dibuka di sana.




          Pada hari pembukaan ASIQS, Saya datang ke sekolah yang sudah dipindahkan ke Space U8 dan ia lebih luas daripada yang dulu dan ia menarik. Saya terfikir juga, “Adakah ASIQS mempunyai kekurangan ?” saya rasa betul kerana ASIQS sekarang tidak seperti dulu yang mempunyai tumbuh-tumbuhan. Saya harap ASIQS baru akan menumbuhkan tumbuhan walaupun sedikit tumbuhan yang tumbuh di ASIQS.

          ASIQS baru ini mempunyai lebih banyak kelas dan ia mempunyai lapan kelas dan kesemua kelas mempunyai satu rak untuk menyimpan buku di rak tersebut. Ada beberapa kelas yang mempunyai tingkap tetapi ia masih tidak ditintedkan supaya ia tidak panas. ASIQS baru tiada padang bola, ASIQS perlukan sedikit perubahan untuk maju. Terima kasih untuk enjoy baca karangan ini.

Moral lagu 'Never enough'

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, saya ingin memberikan moral lagu yang bertajuk 'never enough'. Apa yang saya dapat ...